Thursday, May 14, 2015

UPDATE : DEKO RUMAH COMEY


hye korang..ntah saka apa yang merasuk pun xtau...minggu ni je 3 entry up..pastu kompom senyap sunyi balik 3 bulan..hahahahaha..

alhamdulillah mcm korang dah tau..urusan pembelian rumah comey kami dah selesai..dah hampir 4 bulan rumah sewa jadi rumah kami.. atas nama..tp hakikatnya masih berhutang dengan bank!HEHEHE

dah beli lagil asuper saited nak hias rumah kan..tapi kami hias setakat yang mampu..
barang deko ada baru ada juga yg lam..yg baru bukan mahal-mahal..semua mampu beli je.. #bajetketat.. :p

cikanis kongsikan balik gambar ulang tayang..ni gambar2 lama..




SEBELUM



RUANG TAMU



 DAPUR







SELEPAS




WELCOME...
HOME SWEET HOME


RUANG TAMU






separuh dr wish list dah tercapai..
  WISHLIST RUMAH COMEY (klik utk baca)








DAPUR




dinding dapur maish kosong..tunggu tabung penuh ku serang kaison lg..pintu table top pun masih xpasang..tabung tak penuh2..hahaha





DISEBALIK TABIR







setakat ini sahaja dulu update deko rumah..sebab tabung dah nipis..tunggu tabung penuh, ada update terbaru nati cikanis post dkt blog ye...

bilik, tandas nati cikanis update ye..

notakukukaki : nak sofa baruuuuuuuuuuuuu...bilakah???



BAJU RAYA 2015 : Fesyen Baju Kurung Moden Terkini


hye korang...baju raya dah beli?cikanis hari-hari google nak cari idea untuk baju raya...tema mulanya nak mint green..cantik pulak tengok org kawen pakai tema kaler tuh.. eh korang, baju raya dah tempah belum?yang belum tempah, kompom korang dah menangis bucu katil kan?pasal tailor dah takmau amek tempahan...kebanyakkan tailor dah tutup order dari bulan 3 lagi..habislah korang takdak baju raya lawoooo..haha... sudah-sudah..lap air mata..takyah nangis..meh sini cikanis nak bawak hampa "jamu mata" tengok baju raya lawa-lawa ..baju apa????meh nak cita sikit...

Seperti tahun-tahun yang lalu, fesyen baju kurung moden sentiasa bertukar-tukar dan memenuhi permintaan para penggemar fesyen. Jika dahulu fesyen Mermaid Cutting dan Peplum memang cukup trending dan diminati ramai, kini anda boleh lihat pelbagai rekaan baju kurung moden terkini online keluaran pereka-pereka fesyen terkenal tanah air yang sentiasa memeriahkan industry fesyen di Malaysia.


amboiii sangat tau baju ni...leleh ayaq lioq i dah...



baju kurung moden pada cikanis sejenis baju yg klasik dan stylo..gituuuu...tak lapuk..sampai bila2 orang pakai baju kurung moden tetap nampak sopan, style, manis dan ayu...tapi versi 2015 lg stylo baqhanggg.... kena pulak skg "wudhu friendly" ... jangan jadikan alasan pakai baju raya lawo takleh solat..sekarang semua mudah..semua friendly weh...



Untuk tahun 2015, jika anda perasan kebanyakkan rekaan yang dihasilkan oleh pereka fesyen menampilkan warna pastel dan earth colour. Masih mengekalkan Mermaid Cutting dan ditambah dengan sedikit perincian seperti lace di bahagian lengan, pinggang dan bawah baju.

Seterusnya adalah fesyen peplum. Yup, peplum masih relevan sehingga kini cuma terdapat sedikit perubahan pada potongan peplum tersebut. Jika anda lihat, terdapat juga banyak rekaan yang menonjolkan pada bahagian pinggang selain menggunakan rekaan peplum.

cikanis suka gila peplum dengan skirt mermaid cutting...buat diriku rasa kurus dan lansing..bahahahahaha.... tapi siyes baju ni buat kita tambah keyakinan diri..rasa cun sekejap..bahahaha..

sila muntah hijooooo....


Dan fesyen baju kurung moden terkini yang cukup trending kini adalah seperti yang ditunjukkan pada gambar di atas. Nampak lebih sopan bukan? Potongan yang lebih loose berbanding rekaan-rekaan baju kurung moden yang sebelum ini yang agak mengikut bentuk badan.

design ni sesuai jugak untuk cikanis ni.. raya makan kompom banyak kan..kompom dpt sorok perut buncit kalo pakai baju ni..hahahahaha....kalo pakai baju ketat-ketat kena control makan..rugi weh...semua makanan sedap-sedap masa raya..nak pulak ada lontong sambal sotong..pehhhhhh..satey ayam kuah kacang... soto sambal kicap mabeles...hahahahahaha...



notakukuki : korang rasa cikanis tema kaler apa???


Tuesday, May 12, 2015

percutian keluarga : DAMAI GUNUNG

minggu lepas kan cuti panjang..hari pekerja + hari wesak..padahal xde plan pun nak blk penang...bila tau cuti pnjg terus decide blk ...percutian ke damai gunung pun unplan..bila gtau nk blk..terus ajak kakak dlm wasap jom p langkawi..haha...kakak cikanis ckp langkawi mau penuh cuti lama ceni..maka ku batalkan hasrat pi langkawi..ajak pi mn2 homestay suasana kampung.. kakak cikanis ajak pi salak denai..call tanya salak denai full..cr lagi google sana sini..jumpa entry psl damai gunung..tgk pic mcm menarik..wasap owner damai gunung mulanya dia ckp full..bila tnya lg tarikh lain dia ckp ada utk cek in 6ptg, cek out 6.30 petang..erm  tibai saja..asal boleh pi sana..jom ikut percutian kami dgn pic2 kt bawahhhhh...


DAMAI GUNUNG, YAN KEDAH 

masa ni baru sampai..

bebudak ni saited jumpa umah kayu..peqakkk jakun..hahaha

kami decide amek rumah kayu..dah lama dok umah batu..rindu pulak suasana rumah kayu..

homestay ni 1 bilik, 1 katil queen, 1 tandas, 1 ruang tamu..

ruang tamu luas..

cukuplah kami semua dengan 1 homestay ni saja..

kami bawak toto sendiri..kalo sewa toto rm15.

kami sampai dah nak maqrib..lepas solat maqrib mulalah operasi bbq kami..


kelangkapan suma tersedia..memudahkan pengunjung..
dapur dekat luar..ada singki, kuali, apur, gas, meja mkn & kerusi..
peti ais je tak ada..

menikmati suasana malam kampung..best gilaaa

rasa nati tua2 nak beli tanah buat rumah ceni lah..
buat kolam 1..sapa nak mandi byr rm10..hehehe

sesi bbq

calon menantu pilihan mak mertuaaa

airiell mmg xleh bpisah dgn daddy...


malam-malam pun kami dah terjun kolam
jiwa dah bergelora tengok ayaq kolam

info : air kolam 100% dari air sungai sri perigi..sejuk baq hanggggg




menu bekpes!ha ko ingt cek in homestay xleh makan sodap-sodap???
hahaha..bekpes special dari mak kami!
harus la mak masak sedap2 untuk anak cucu...


disebalik kolam ada pokok durian!best kan...

imanie..airiell..irdina






sebenarnya kolam ni dibahagi dua..ada dewasa dan kanak..
ada tembok pemisah dalam kolam tuh..

mak abah..i love you!

bff ni memang dah!

sapa beminat boleh la contact owner dia..ni link web dia :


RM195 / 1D1N



notakukukaki : nora bagi 4 bintang!!!










IKLAN :
INSTANT SHAWL OMBAK RINDU
MURAH-MURAH




WHATSAPP : 013.237.0658 (ANIS)
IG : COMEYSTUFF



laguku untukmu

Daisypath Anniversary tickers

~ALL ABOUT LOVE~

Daisypath Anniversary tickers

**kami~DAH~tawen**

Daisypath Anniversary tickers

MY BABY

Lilypie First Birthday tickers