Friday, October 12, 2018

99 WONDERLAND PARK YANG BEST

hye u ols! eh tasik titiwangsa dah tutup kan?petang2 tak tau nak pi riadah mana? meh aku nak share 1 tempat riadah best seisi keluarga..dijamin korang suka dan anak-anak pun sure happy punya..


bayaran masuk

dewasa RM10
kanak-kanak RM5

link : 99 WONDERLAND PARK

sumber : google (sorry pic pintu masuk ni aku lupa nak snap!)huhu

mula-mula sampai pemadangan dari pintu masuk korang akan nampak tasik yang cantik!kenapa cantik?sbb ada swan, itik-itik dok dalam tasik tu..cantik sgt! ada cruise lagi hoi! langkah-langkah masuk anak aku dah royan weh nak nak cruise!

bayaran cruise : RM10 (DEWASA) 
KANAK-KANAK PERCUMA!!!!!

MENARIK kan???????














nampak tak muka keterujaan kitornag 1 family.. mmg best weh.. dahla bayar murah je..cruise pusing dalam 15-20 minit.. boleh bg swan & itik makan lg..atas cruise ada jual makanan..





 hahahaha..part paling anak2 teruja.. jumpa dino! mcm dino real..sebab boleh gerak-gerak weh.. aku rasa kalo xletak pagar tu anak-anak aku dah pi naik atas dino tu dah..hahahahaha..teruja sangat kekdahnya!

 makyong yang kembang !


 ni pun part paling best jugak.. kanak-kanak dapat naik kereta ni percuma selama 10 minit!!! kereta pun beso-beso weh.. bagus betullah 99 wonderland ni.. meraikan kanak-kanak sangat!banyak benda percuma untuk kanak-kanak.. 

 penat makyong dan pakyong berjalan.. kitorang rehat kejap sambil makan-makan..kat sini ada jual macam-macam jenis makanan jugak..harga mampu beli..insyallah..takdelah mencekik pun regenya..jangan risau!



 tengah beli makanan untuk rusa.. sayur-sayuran diletak dalam bekas tipuware
RM5 sebekas



 nyum-nyum..sedap rusa makan.. seronok hidup dia..ramai nau tukang suap makan..hahaha







akhirnya dari pukul 6.30 petang kitorang sampai, sampailah 10.00 pm baru sampai penghujung 99 wonderland.. gigih kan makyong berjalan tawaf 99 wonderland.. memang tak sedar weh..sebab sepanjang perjalanan aku mengukur keluasan tasik..haha.. ada macam2 benda menarik dihidangkan.. memang korang tak kan sedar korang dah jalan banyak!

ok yang mana masuk petang2 sampai malam, jangan risau.. 99 bukan saja hidangkan haiwan2 yang menairk dan cute.. 99 wonderland jugak sedikan kemudahan asas seperti tandas..tandas sangatlah bersih! walau ramai pengunjung.. dan juga SURAU ! jadi yang beragama islam janganlah risau dah masuk nak kena keluar cari masjid kt luar pulak.. kiranya kornag masuk je 99 wonderland korang tak yyah serabuk dah fikir masalah-masalah remeh..korang enjoy je dengan anak-anak dan keluarga dalam 99 wonderland ni okey!

3 comments:

laguku untukmu

~ALL ABOUT LOVE~

Daisypath Anniversary tickers

**kami~DAH~tawen**

Daisypath Anniversary tickers

MY BABY

Lilypie First Birthday tickers