BUTTERWORTH - Seorang bayi lelaki berusia enam bulan berada dalam keadaan kritikal akibat melecur teruk dalam kebakaran sebuah rumah pangsa tingkat 4, Mak Mandin di sini, pagi ini.
Dalam kejadian 10.36 pagi itu, Y. Meysshvin, yang melecur 70 peratus di muka dan badan sedang tidur apabila api dipercayai dari tempat sembahyang rumah terbabit terjatuh lalu terbakar dan merebak ke seluruh rumah.
Bagaimanapun, bayi tersebut diselamatkan oleh jiran berhampiran yang terdengar tangisan bayi dari rumah terbabit.
Penjaga bayi itu, G. Sarojah, 48, berkata ketika kejadian bayi itu sedang tidur di dalam buaian dan dia tiada rumah.
"Saya tinggalkan bayi itu kerana saya pergi ke pasar yang terletak di bawah rumah. Apabila pulang saya dapati rumah saya telah terbakar," katanya ketika ditemui di Hospital Seberang Jaya, di sini hari ini.
Beliau berkata bayi itu dihantar ke Hospital Pulau Pinang pada 12 tengah hari untuk rawatan lanjut.
Sementara itu, Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri, Mohamad Shoki Hamzah berkata sepasukan tujuh anggota bomba dikejarkan ke tempat kejadian selepas menerima panggilan pada 10.36 pagi.
"Semasa kami sampai bayi berkenaan telah diselamatkan oleh jiran-jiran yang memecah masuk ke rumah itu," katanya.
Mohamad Shoki berkata bomba mengambil masa 20 minit untuk mengawal kebakaran yang memusnahkan 90 peratus rumah tersebut dan punca kebakaran masih dalam siasatan. - Bernama
sedih dan kesian kan tgk baby nih...xdpt bygkan kalo anak sndiri ada kt tmpt baby tuh..maw gila cikanis...mcmmn la kdaan mak baby ni kan..harap mak die tabah...baby ni xslh pape pun..bukan die yg buas o nakal g cr sakit...die tgh tido...tp dsebabkan kelalaian sstgh pihak, org len jd mangsa...pengasuh boleh sng ati g pasar tgk ayam, tgk ikan, tgk sayur kangkong..baby 6 bulan die leh tgl sorg2 kt umah..apa kejadah!!!ko bw j la bdk tuh...lantak la baby tu tido ke hape..angkt je...kalo x, xyah g pasar..mlm2 ang p ja psr mlm..soping la bapa jenis ikan ang nak....geram betoi aku jenis halai balai bodo bangang nih!!!ang tgai baby tu sorg2 kt umah, umo 6 bulan, dh jd camtu, ang ingt kalo bdk tu sedaq umah tbakaq, dia boleh bgn amek kunci umah, kluaq dr umah ka?bangang!!!xpasai2 budak tu kritikall ntah2 naty dpt kcacatan kekal ka hapa...ksian sgt..dia msh kck..mang la bnda nk jd...tp dh nk kuaq umah tu, angkut ja skali...
risau btoi bila baca paper td..trus msj "mak" airiell..trus pesan..kalo nk g mn2..airiell tido, bawa j airiell skali..angkat j die...risau sgt2..mitak dijauhkan bnda2 ni dr airiell...
sama-samalah kita doakan yg terbaik untuk baby ni..xkira la dia agama apa pun..dia msh kck...kalo umur die pendek pun, sah2 dia ahli syurga...kalo umur die panjang moga die jd manusia yg bguna...moga baby tu stabil n cpt sembuh...
aty pelik ar orang2 nih...bukan ar nak salahkan..bende dah jadi..tapi selalu dengar..biler anak tidor..boleh lak tinggalkan sorang2 kat umah..mak nyer siap gi pasar kedai bagai...berani betul..!!! tengok ape jadi..*sigh
ReplyDeletenapa la dia tinggalkan bayi tu...siannya
ReplyDelete