Wednesday, September 24, 2014

DUE DATE : 24 SEPTEMBER 2014

patutnya...
harinilah due nya..

padahal masa scan doc ckp adik baby akan kua 13-14hb gitu..

mummy lak target adik baby akan kua 38w sama mcm abg airiell..

sekali semuanya salah!!hahaha

sampai ke harini, duenya..adik baby masih aktif tendang2 dalam perut mummy lg..kehkehkeh

org kata anak pompuan kua lambat, anak laki kua cepat..semua takleh pakai..hahaha

dulu peknen anak laki gak, kua cepat je dia..ni anak laki gak..lambat beno lak nak kua..

rambut pacak tak siap lagi ke dik???

ke takut kua nati abg buli?kehkehkeh

takpelah dik, belum sampai masa yg dijanjikan lg ye..ok..
duduk lah baik2 dlm prut mummy ye..

tp silalh tahu, mak ko ni dah tak sabaqqqq sgt dah nk tgk muka putera kedua ni..


sod ba roooooooooooooo


asyik tatap muka scan 4d ni je lah...
cepatla nak tgk real pulak!



setakat ni, berat 57kg shj...
badan tak naik sgt, tp perut ja melampau-lampau

masa peknen airiell 38w brt dah 61kg..
peknen adik baby 40w brt baru 57kg..

ok good senang nak turunkan berat nati..

apa-apapun doakan moga cikanis selamat melahirkan adik baby yer..



Monday, September 8, 2014

TANDA-TANDA BERSALIN

alahai..nebesnya nak bersalin ni..harini dah 37w7d...dupdapdupdap...takut mak ai..ini seriyes!!!!

perasaan mcm nk bersalin sulung..sebab takde pengalaman bersalin normal kan..kali ni kena try normal..maka setiap hari dlm otak tak lari dr perasaan dan pemikiran "TAKUT"... 

setiap kali baby mengeras kerap..setiap kali tula rasa nak luruh jantung..nak beranak dah ka aku???hahaha...punya takut tuh..kehkehkeh

moga-moga semuanya dipermudahkan lah.. bila fikir proses kelahiran normal terbayang mcm2..koyakla, gunting la..sakitla..nk push la..erkkkk.... nyilu rasa!!!!

korang doakan ye moga proses kelahiran adik baby dipermudahkan..

nati pas beranak cikanis pantang umah mak, kt penang..adoi tu 1 hal lagi..mengenang airiell "bff" sgt dgn dady dia..mcmmn la dia nk dok jauh dengan dady dia..yg akan jumpa sabtu ahad ja..dapat kah mummy dia ni thn ayaq mata bila anak tanya "mummy, ane daddy?" atau  " airiell nak daddy mummy"..airiell dah pndai merayu sekarang..ya allah..moga semuanya dipermudahkanlah...

dikesempatan ni jugak cikanis nak mintak maaf kalau ada yg terasa hati, terguris hati dengan cikanis..

ok...sapa yg tengah menunggu hari mehla kita sama-sama tambah ilmu dan info pasal tanda-tanda kelahiran...

"perut membesar bagaikan juara"
37w7d

-
-
-
-
-
-


Bagaimana saya tahu saya sudah hendak bersalin?
Simpton mahu bersalin adalah berbeza untuk setiap wanita dan menentukan titik mulanya adalah mustahil. Ia merupakan satu proses iaitu apabila beberapa perubahan dalam badan anda bekerjasama untuk membantu kelahiran bayi. 

Dalam peringkat awal kelahiran, yang juga dipanggil fasa terpendam, anda mungkin rasa perkara-perkara berikut:
  • Sakit yang teruk pada bahagian bawah belakang atau pada bahagian abdomen, selalunya disertai oleh rasa kejang seolah-olah senggugut.
  • Anda boleh lihat sedikit darah (lelehan mukus berwarna kecoklatan atau bercampur dengan darah). Jika ia melepasi penyekat mukus yang menyekat serviks, anda berada di ambang pelahiran atau mungkin dalam masa beberapa hari lagi. Ia adalah tanda yang proses kelahiran sedang berlaku.
  • Kontraksi berlaku pada jarak waktu yang lebih pendek dan kerap, dan menjadi lebih lama dan lebih sakit.
  • Air ketuban anda pecah tetapi proses kelahiran hanya berlaku jika disertai dengan kontraksi yang membuka serviks anda.

Bagaimana anda rasa dalam peringkat awal kelahiran bergantung kepada:
  • samada anda pernah bersalin sebelum ini;
  • bagaimana anda melihat dan bertindak balas terhadap kesakitan;
  • bagaimana persediaan anda untuk menghadapi kelahiran.


Bilakah saya perlu menghubungi doktor saya?

Anda dan doktor anda mungkin telah berbincang mengenai apa yang perlu dilakukan apabila anda dalam pelahiran. Tetapi jika anda tidak pasti samada masanya sudah tiba ataupun belum, jangan malu untuk menghubungi doktor anda. 

Doktor sudah biasa mendapat panggilan daripada wanita yang kurang pasti samada mereka sedang berada dalam proses kelahiran ataupun tidak dan mereka yang memerlukan panduan. Ia adalah sebahagian daripada tugas mereka. 

Doktor anda perlu tahu jarak masa kontraksi anda, sama ada anda boleh bercakap semasa kontraksi dan sebarang simptom yang ada. Sebagai alternatif, anda boleh menghubungi wad bersalin dan bercakap dengan jururawat atau bidan yang boleh memberi nasihat kepada anda.

Anda perlu menghubungi doktor sekiranya:

Semaklah senarai simptom kehamilan yang tidak boleh anda abaikan sekiranya terdapat perkara lain yang merisaukan anda. 


Apa yang perlu saya lakukan pada awal kelahiran?

Ini bergantung kepada waktu ia berlaku, apa yang anda suka lakukan dan bagaimanakah perasaan anda. Sentiasa tenang dan relaks boleh membantu proses kelahiran berjalan dan membantu anda menangani kontraksi. Buatlah apa sahaja yang dapat membantu anda kekal tenang.

Anda boleh menonton filem kegemaran anda, berehat atau meminta rakan atau ahli keluarga untuk menemani anda. Anda boleh berjalan dan berehat secara berganti-ganti, atau anda boleh mandi air suam untuk melegakan lenguh-lenguh dan kesakitan. Jika boleh, cuba berehat sebagai persediaan untuk anda bekerja keras nanti.

Dalam fasa awal kelahiran, anda mungkin rasa lapar, oleh itu makan dan minumlah jika anda berselera. Ini dapat menenangkan hati dan membantu anda berehat.

Peringkat awal kelahiran juga adalah masa yang sesuai untuk mencuba posisi yang berlainan dan teknik-teknik pernafasan untuk melihat samada ia boleh membantu anda menangani kontraksi, memandangkan kini anda sedang melaluinya! Jika anda mempunyai mesin TENS, inilah masanya untuk menggunakan mesin ini.


Bolehkan saya mengalami kontraksi tetapi bukan dalam pelahiran?

Ya. Semasa sakit bersalin, serviks anda beransur-ansur menjadi nipis (effacement) dan membuka (dilation). Penipisan dan pengembangan serviks berlaku serentak pada wanita yang pernah melahirkan sebelum ini. Sesetengah wanita sensitif terhadap kesakitan kontraksi sebelum serviks mula membuka. Jururawat atau bidan dapat mengesahkan samada perubahan serviks telah bermula atau sebaliknya melalui pemeriksaan.

Sekiranya bayi anda dalam posisi posterior (kepala di bawah tetapi membelakangi anda), masa akan diambil lebih lama untuk kepala bayi terletak kejap dalam serviks (engaged) dan untuk proses kelahiran bermula dengan sempurna. Kontraksi anda mungkin tidak sekata dan tidak begitu kuat, dan anda mungkin rasa sakit belakang.

Doktor anda mungkin akan memberi nasihat tentang kaedah menangani peringkat awal di rumah sebelum sakit bersalin menjadi lebih kuat. Anda boleh cuba mandian hangat atau urutan untuk melegakan kesakitan.


Bolehkan saya tahu jika pelahiran akan berlaku dalam masa terdekat?

Mungkin. Tanda-tanda pelahiran termasuk:
  • Ringan (apabila kepala bayi mula turun ke bawah dan tetap pada posisinya dalam pelvis anda). Anda akan dapati ketika ini lebih mudah bernafas dan makan. Tetapi anda juga lebih kerap membuang air kecil.
  • Pertambahan rembesan faraj dan lebih berlendir.
  • Kontraksi Braxton Hicks yang lebih kerap dan lebih kuat.
  • Pembuangan najis lebih mudah.


SUMBER : BABY CENTER









Tuesday, August 26, 2014

SET SARUNG TILAM ADIK BABY


ni namanya abg airiell yg hoverrrr
suma brg2 adik dialah perasmi 
ni siap pgl mummy.."mummy peace, peace!!!"
-suruh amek gambaq dia lahhh-

mummy baru nk snap pic kain sarung tilam adik baby
tuptup dia mai duduk laju-laju
sabo ye dik...
abg airiell memang gitu!

kain beli kt nilai 3 jek!
mulanya dulu nk beli on9..belerina sgt!dah scan bebird yg kt dlm..maka belerina terkubur ..hahahaha
kalo dh bebird mls lah nk beli on9..sbb kt kedai2 biasa pun byk corak comey2..
maka mummy blk keje laju-laju pi nilai 3
umah kami dengan nilai 3 sekentut ja..
3-4minit sampai..sempadan ja! soping barang dapoq pun kt nilai aje..lg dekat pekan nilai dr pekan bangi..

kain cotton ni semeter RM15
bidang 90
beli 3 meter
ok ngam!



alhamdulillah...
hasil kerja tangan tok umi...
maka dah terhasil sarung tilam yang kiut lagi miut ini
renda ijau tu mama mira yg belikan..
sebab mummy beli kain corak je semata..xbeli dh kain untuk gedot-gedot tuh!

kaler sambut adik ni lebih ke biru + hijau

masa airiell merah + putih

comey!!!suka sgt..kaler dia sgt meriah kan?

eh tq jugak pd etty tlg belikan tilam ni.. murah je etty blikan dkt melaka..rm30-40 ntah..
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

baru perasan adik baby takde bantal karipap
bantal abg airiell tak tau lah ada bg ke tak kt mak ritu
maka cikanis oder bantal karipap dkt kwn blog aka kak kabu
fb page : Kekabu Online Dot Com <--- klik="" link="" ni="" p="" ye="">

murah weh bantal karipap isi kabu RM13! 
kalo tgk kan manjaku isi fibre pun rm15-20..gila bapak mahai kan..
sbbtu tak beli kat manjaku..sebab tak berbaloi

meh kita beli bantal dan tilam kabu dgn kak kabu ni!

pastu beli pulak bantal petak 2 bijik..2 bijik RM15 kot..adoi lupa pulak..
sawan gak aku bila tgk bantal kabu murah2 ni..padahal bantal petak dah ada tu 2 bijik!

dan paling best, ada pulak kain corak dan kaler yang sama mcm kain adik baby..
lagilah laju-laju ku order!


ni contoh bantal karipap keluaran kak kabu

ni la set tilamm kabu dr kekabu dot com yg sama sebijik sejibon kainnye nye dgn adik baby kan!

ok i is xsabar nk tggu bantal adik baby sampai!


KANDUNGAN

ALHAMDULILLAH..
cikanis dah 36w harini
semalam jumpa pakar untuk cek scar czer 
pakar cakap semua ok!
adik baby pun dah turun..
tgu masa ja sekarang...
sampai masa adik baby pun keluar..
kalo ikut abg airiell 38w selamatlah beranak
adik baby ni xtau la brp w dia nak keluar
doakan urusan melahirkan adik baby dipermudahkan
doakan juga cikanis dpt vbac kali ni!
amin!!!!

Friday, August 8, 2014

ABC ICE MAKER MURAH





hehehe pic hasil google saja nak bg terliurrrrrrrrrrrrrrr...


sekarang nak buat kt umah sendiri pun  boleh

meh mudahkan kerja anda...




ABC ICE MAKER





harga kompom murahhhhh

RM38 SAHAJA (harga tak termasuk pos)

POS RM10 (SEM)
RM20 (S&S)

PRE ODER SEHINGGA 15/8/2014
LAST ODER DAN PAYMENT 15/8/2014  JAM 2.00 PETANG

BARANG AKAN DIAMBIL PADA 16/8/2014

BARANG AKAN DIPOS SECARA BERPERINGKAT DARI 20-23/8/2014


BERMINAT?

PM/WHATSAPP/WECHAT

013-2370658 (ANIS)


barang tak ada waranty...

jenis cerewet tak digalakkan membeli secara on9.. :)


Wednesday, August 6, 2014

PERSIAPAN KELAHIRAN ADIK BABY

PERSIAPAN ADIK BABY


ni ms pi jualan gudang OKBABY
pd cikanis jualan gudang OKBABY ni mmg best dan berbaloi..
baju banyak dan senang pilih dr pureen
cuma nak bayaq ja beratoq panjang...


hasil tangkapan masa babyfair kt midvalley ngn OKBABY
GM pun ado...kedai2 murah pun ado..
mn murah ku rembat..brand tolak tepi..asal brg2 ok..apadehal!


ni last soping utk brg adik..ahad lepas gi beli..lepas teringat yg bulan depan dh nk branak..kang tberanak awal, brg xabis beli lg..
ok setel dah semua part adik..
tunggu adik keluar ja...

**tp ada lg brg bsr..yg tu nati2 leh..mcm almari baju

omg!..lupa sarung tilam xbeli lg..agagagagaga...kena pi nilai cr kain nih!

kami laki bini saving 100 setiap bulan utk brg2 adik..
dapat gaji masuk sampul kasi simpan..ada sale terus pi soping..

simpan sikit2 pun tak jadi masalah 
sekurangnya dpt mengajar kami idup menabung 
kami ni baru nk bermula idup laki bini..
pelan-pelan kayuh..

RM100 sebulan pun xhalang untuk aku beli brg adik baby
"sikit-sikit lama-lama jadi bukit"



ni ceklis yang sama mcm wat kt airiell dulu
setiap kali beli brg hapdet sini brp duit dh keluar beli brg..brp lagi duit kena ada untuk brg2 lain...



PERSIAPAN PANTANG MUMMY


kali ni nak try shaklee pulak!
ms airiell beli jamu mustika ratu..tp haremmmmm xmkn..kahkahkah!

so kali ni cuba ubat2 moden lak!

xbeli set baru pun..
beli set preloved dari kwn kolej..eh ubatan pun org pgl preloved gak ke?gasakla

kwn baru beli, tp mkn 5-6bijik, esp mkn 5-6 sudu..pastu dia xmau dah..malas makan katanya..
dia la PM cikanis lepas tgk cikanis nk Q dkt group preloved..sia gtau dia ada shaklee nk letgo..yg botol2 3 bijik kt atas dia nk jual rm20/botol..ada lg jenis2 lain..dia xbg lak pic..esp dia jual rm80..rezeki kan..
semua murah..sapa xnk..dia baru mkn sikit ja..





semalam pi scan kali ke-3 adik baby..

setelah 2 kali pi adik takmau tunjuk muka...

alhamdulillah semalam adik bg kerjasama yang sgt bagus!

ni muka dia..xsabaq nk tgk real bulan depan!

nampak idung ja!
daddy kata mcm idung daddy..bangga lak tu anak2 ikut idung tembang2 daddy!



notakukukaki :sapa nk warisi idung mummy versi anak mami penang ni???



laguku untukmu

Daisypath Anniversary tickers

~ALL ABOUT LOVE~

Daisypath Anniversary tickers

**kami~DAH~tawen**

Daisypath Anniversary tickers

MY BABY

Lilypie First Birthday tickers