Wednesday, May 22, 2013

TABUNG WARISAN ANAK SELANGOR (TAWAS) - AIRIELL ANAK SELANGOR!!!

ALHAMDULILLAH
selesai dan telah berjaya permohonan TAWAS airiell...sah2 airiell anak selangor...
lahir kat HOSPITAL SERDANG..
so kami somi isteri tak lepaskan peluang memohon TAWAS ni..
rugi la kalo xmohon..ye dak?

kami kelam kabut wat ms bulan 3 gitu...kiranya ari2 dok berzikir kt dady airiell bg cepat setel tawas airiell..kang dh stahun xleh mohon...TAWAS utk sebelum setahun umur anak kita..

dady airiell mohon online..pastu die g submit lampiran2 len by hand...sbb nk cepat..hehe





 kad tawas airiell...!!!!
tq dady...beriya g sendiri ke shah alam arini nk setel tawas airiell..



NAK MOHON?
ini sedikit info yang cikanis leh share

Tabung Warisan Anak Selangor atau singkatannya TAWAS, merupakan antara projek penting dalam agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) Fasa 1. TAWAS beserta logonya selamat dilancarkan secara rasmi bersempena dengan Sambutan Ambang Merdeka Peringkat Negeri Selangor pada 30 Ogos 2008.

Kerajaan Negeri Selangor akan menghadiahkan tabung simpanan sebanyak RM 100.00 bagi setiap pendaftaran TAWAS yang berjaya. Pada usia 18 tahun, anak-anak ini berpeluang menerima RM 1,500.00 seorang hasil daripada pelaburan dalam TAWAS.

Syarat 01
i. Warganegara Malaysia, DAN;
ii. Lahir di negeri Selangor atau luar negeri Selangor mulai 1hb Januari 2008;
iii. Ibu atau Bapa lahir di negeri Selangor, ATAU Ibu atau Bapa lahir di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebelum 1hb Februari 1974.

[kitorang syarat 1 : dady airiell lahir kt Kuala Lumpur... senang la skit keje..]

Syarat 02
i. Warganegara Malaysia, DAN;
ii. Lahir di negeri Selangor mulai 1hb Januari 2008, DAN;
iii. Ibu dan Bapa bukan kelahiran Selangor tetapi telah menetap di Selangor minimum 5 tahun. ( Perlu mendapatkan pengesahan taraf permastautin daripada Ketua Kampung/Penghulu/Pengerusi Taman Perumahan/ Ahli Parlimen/Senator/ ADUN dan Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan di kawasan tempat tinggal ).
Syarat 03
i. Warganegara Malaysia, DAN;
ii. Lahir di luar Negeri Selangor (daerah negeri lain yang bersempadan dengan negeri Selangor iaitu Negeri Sembilan, Perak, Wilayah Pesekutuan (Kuala Lumpur dan Pahang) mulai 1hb Januari 2008, DAN;
iii. *Ibu dan Bapa lahir di daerah negeri lain yang bersempadan dengan negeri Selangor iaitu Negeri Sembilan, Perak, Wilayah Pesekutuan (Kuala Lumpur) dan Pahang. ( Perlu mendapatkan pengesahan taraf permastautin daripada Ketua Kampung/Penghulu/Pengerusi Taman Perumahan/Ahli Parlimen/ Senator/ ADUN dan Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan di kawasan tempat tinggal ).
*Ini merujuk kepada Ibu dan Bapa yang bermastautin di daerah Negeri Selangor yang bersempadan negeri lain. Contoh:- Selangor- Negeri Sembilan, Selangor-Perak, Selangor-Wilayah Pesekutuan (Kuala Lumpur) dan Selangor-Pahang.
Prosedur Permohonan
Mendaftar melalui borang pendaftaran rasmi atau daftar secara Online di sini.
atau
Pusat Pendaftaran:
Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS):
A1-11-2 & A1-11-3 Jalan Multimedia 7/AH,
Park City, I-City,
40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.
Setiap pendaftaran hendaklah dibuat oleh ibubapa/penjaga dengan menyertakan salinan dokumen sokongan seperti berikut:
a) Sijil Kelahiran / MyKid anak.
b) Kad pengenalan ibubapa/penjaga
*Nota : Setiap pendaftaran yang berjaya akan diberi Kad Si Manja TAWAS yang perlu disimpan dengan baik sebagai bukti penyertaan di dalam Tabung ini.

sumber : [LINK]

LAMAN WEB TAWAS : [LINK]


untuk yang dok bangi/kajang/putrajaya...kaunter terdekat yang cikanis taw dkt jln reko tuh..dekat hentian bas kajang...btl2 drg buka booth depan pejabat pendaftaran negara...

11 comments:

  1. ekin dah lame apply
    tp xde respon pon lg
    suami ekin hntr by hand

    ReplyDelete
  2. alamak dah terlepas nak apply la.. ruginya...

    ReplyDelete
  3. bwh setahun je ek? erm, kena cepat la utk si kecik...

    ReplyDelete
  4. fayel tak leh dia lahir KL..huwaa rezeki Airiell ni

    ReplyDelete
  5. terima kasih info ni CikAnis...nak buat cecepat ni...rugi jadi anak selangor kalau tk dapat...boleh lepas untuk syarat no.2 kot...Amin

    ReplyDelete
  6. i dah applied through online. tp kan, dah expired..acane ek?huhu

    ReplyDelete
  7. Alhamdulilah....nk cer apply lg sekali...kalo dpt leh sekaki ngan airiell...kalo x dpt gak xper..umi Qi dh buat awal2 tabungan utk Qi...nanti lepas sekolah leh dpt gak wink2 :)

    ReplyDelete
  8. Hahah nak gelak dulu.. sebab tetiba teringat, hari tu mak mertua tanya.. 'nurul tahu tak tawas?'.. pastu dalam hati eh apa mama tanya pasal agama2 lak ni.. pastu jawab la.. 'tawas tu alat untuk menyucikan sesuatu dari hadas kan?'.. kikiki.. gelak je mak mertua.. rupanya dia maksudkan tawas yang atas ni..


    kita tak apply, sebab asyik tanguh2.. last2 anak tu dah umur setahun lebih.. rugi je kan.. :'( takpela anggap takde rezeki.. sobsss!

    ReplyDelete
  9. Tawas sebelum anak umur 3 tahun..sy baru dftar ank bln 11, cek bln 1 ni da brjye..tgu g amik kad je..

    ReplyDelete
  10. Tawas sebelum anak umur 3 tahun..sy baru dftar ank bln 11, cek bln 1 ni da brjye..tgu g amik kad je..

    ReplyDelete

laguku untukmu

Daisypath Anniversary tickers

~ALL ABOUT LOVE~

Daisypath Anniversary tickers

**kami~DAH~tawen**

Daisypath Anniversary tickers

MY BABY

Lilypie First Birthday tickers