Thursday, December 5, 2013

janganlah kahwini 6 wanita ini - pesan rasulullah saw

ok td terbaca link yg kawan letak dkt wall dia...cikanis baca..dan rasa berguna sangat...tak banyak, skit mesti ada terselit dkt pbuatan kita si isteri..cikanis ngaku..sebelum ni ada gak xskit tp banyak yg cikanis xhargai apa yg suami wat! ok..lepas allah duga, allah bg hikmah yg semanisnya..alhamdulillah...allah telah membuka mata cikanis yg dah lama hanyut dibuai alpa...marilah kita sama2 berubah ye..xnak drastik, berubah skit2...yg pasti suami akan bersyukur dengan perubahan isteri dia..alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah...jiwa rasa lebih tenang dan kehidupan lebih lancar..yg utama hormat suami, taat akan perintah suami, jangan melawan walau kdg apa yg suami cakap faktanya ada salah..biarkan jek!lelaki memang ego...hehe.. ikhlas, jangan mengungkit... pointnye senang HORMAT::TAAT::IKHLAS::

bukan nk jd ustazah..bukan...ilmu masih kurang didada...suma nk kongsi apa yg baik dan boleh dikongsi..dulu cikanis alpa..sbb xamek berat psl ni semua..rs jg umah, jg laki, jaga anak..ok aku dh jalankan tugas sebagai isteri..ye isteri je..tp bukan isteri solehah.... hhmm...nyesal!

okey meh kita baca info berguna ni... :)

Pesanan Rasulullah saw untuk kaum Lelaki: “Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang ananah, yang mananah, 
dan yang hananah dan jangan engkau kahwini yang hadaqah, yang basaqah dan yang syadaqah”.

1.Wanita Ananah: wanita yang banyak mengomen itu dan ini. Apa yang diberi atau dilakukan suami untuk rumahnya tangga semua tidak kena dan tidak berpuas hati.

2.Wanita Mananah: wanita sebegini yang menidakkan usaha dan jasa suami sebaliknya mendabik dada dialah yang banyak berkorban untuk membangun rumah tangga. Dia suka mengungkit-ungkit apa yang dilakukan untuk kebaikan rumah tangga. Biasanya wanita ini bekerja atau berkedudukan tinggi dan bergaji besar.

3.Wanita Hananah: Menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain dan wanita ini berangan-angan mendapatkan suami yang lebih baik dari suami yang sedia ada. Dalam kata lain wanita sebegini tidak bersyukur dengan jodohnya itu. Wanita sebegini yang mengkufuri nikmat perkahwinan. Dia juga merendahkan kebolehan dan kemampuan suaminya.

4.Wanita Hadaqah: melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya utk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya selain itu wanita ini suka ikut nafsunya. Wanita sebigini memeningkan kepala lelaki. Dia tenguk apa saja dia mahu. Dia suka membandingkan dirinya dengan diri orang lain. Suka menunjuk-nujuk. Wanita inilah yang menjadikan suami dulu handsome sekarang sudah botak.

5. Wanita Basaqah: ada 2 makna,
Pertama, wanita sebegini yang suka bersolek dan menghiaskan diri. Dia menghias diri bukan untuk suaminya tetapi untuk ditunjuk-tujukkan kepada dunia. Suka melawa. Wangnya dihabiskan untuk membeli make-up, kasut dan barang kemas. Wanita begini juga suka dipuji-puji. Kalau dia kebetulan menjadi isteri orang ternama dan menjadi pula ketua dalam kumpulan itu, orang lain tidak boleh mengatasi dirinya.

Kedua, dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagiannya.

6.Wanita Syadaqah : banyak cakap, tidak menentu lagi bising. Kebecokan itu juga menyebabkan segala kerja yang dibuatnya tidak menjadi, hanya tukang sibuk dan komen saja. 

Wallahu'alam.

Sumber: Gempaq Network (Rasulullah PESAN jangan KAHWINI 6 Jenis WANITA ini).


sumber dari : BLOG INI

3 comments:

  1. uhuks!insaf aku oii..byk mengata laki..huhu

    ReplyDelete
  2. Ya Allah ampun kan la dosa ku ...banyak khilaf ku

    ReplyDelete
  3. Daku dlm proses memperbaiki diri supaya tidak trgolong dlm 6 wanita yg kt atas nie... Insaf T_T

    ReplyDelete

laguku untukmu

Daisypath Anniversary tickers

~ALL ABOUT LOVE~

Daisypath Anniversary tickers

**kami~DAH~tawen**

Daisypath Anniversary tickers

MY BABY

Lilypie First Birthday tickers