Wednesday, February 22, 2012

MEMANDU SEMASA KEHAMILAN

Cikanis ari2 drive dr umah ke opis..dr opis ke umah..dr mula2 nandung..smpai skg dh 25w....mula2 mang mcm yg tulis kt bwh tuh...mual, mabuk2...plastik sentiasa ada kt kiri kanan pintu keta..mang tengah2 drive msti rs nk muntah n trus muntah...tambah2 kalo jln jem..kjp2 brek..sah2 rs nk kua suma dlm prt ni..skali ngn anak2 tekak nk kua..huhu...cikanis sentiasa bw gula2 o asam dlm keta..ha 1 lg minyak cap kapak..tp tu suma cam xmmbantu..coz, kalo rs nk muntah tuh...muntah jugak akhirnya..huhu..smpaila perut msk 4 bulan..suma dh normal kembali..sihat sejahtera smpai skg..mabuk keta pun dh xd..kalo x, kalo jd penumpang sah2 muntah...cikanis amek info ni kt persatuan ibu-ibu comel mengandung dlm FB..info berguna yg leh share ngn kawan2..slamat membaca.. :))


Memandu Semasa Kehamilan

Bagi golongan ibu hamil yang memandu kereta, keadaan fizikal ibu hamil adakalanya menggangu keselesaan sewaktu memandu kenderaan. Sebenarnya tiada masalah untuk wanita memandu sewaktu hamil selagi ia menjaga segala risiko yang boleh mendatangkan bahaya terhadap dirinya dan kandungan.

Perlu juga anda ketahui bagaimana mengatasi masalah yang timbul ketika memandu berkaitandengan kehamilan anda. Berikut antara tip yang boleh anda gunakan sewaktu memandu kenderaan ketika hamil.

Trimester Pertama

Selalunya pada peringkat awal kehamilan ini, anda mengalami gejala morning sickness. Keadaan tubuh yang tidak sihat ditambah dengan gejala mual, muntah dan pening, sebaiknya anda tidak memandu sendirian ketika ini.

* Makan terlebih dahulu walaupun sedikit sebelum memandu. Jika tidak, perut yang kosong boleh menyebabkan anda mual ketika memandu tambahan pula apabila terkena penghawa dingin dalam kereta.

* Sediakan air dan makanan ringan dalam kenderaan.

* Anda boleh juga makan gula-gula atau chewing gum daripada halia ketika memandu untuk menghilangkan rasa mual.

* Sediakan plastik beg dalam kenderaan untuk kecemasan jika anda muntah.

* Sewaktu memandu jika tiba-tiba anada rasa pening atau mual ingin muntah, segera perlahan kenderaan dan berhenti di tepi jalan yang selamat. Berehat seketika sebelum memulakan perjalanan semula. Gunakan laluan tepi agar memudahkan anda untuk berhenti apabila perlu.

* Jika keadaan anda teruk dan gejala yang dialami tidak hilang, jangan teruskan pemanduan. Hubungi keluarga atau kenalan untuk datang membantu anda.

Trimester Kedua

* Jika anda bercadang mahu memandu untuk suatu perjalanan yang jauh dan memakan masa yang lama, sebaiknya dapatkan dahulu pemeriksaan kesihatan dan kandungan anda agar tiada sebarang masalah yang timbul.

* Berhenti seketika jika terasa tulang belakang anda mula sakit.

* Jika otot atau sendi anda mula terasa pegal dan ngilu, berhenti seketika dan bawalah berjalan atau lakukan sedikit senaman regangan yang membantu menenangkan tubuh.


Trimester Ketiga

* Letaklah bantal kecil di belakang anda sewaktu memandu untuk mengelakkan atau mengurangkan rasa pegal dan sakit belakang.

* Jika anda tersangkut dalam kesesakan lalu lintas dan anda mulai letih, carilah tempat perhentian. Jalan yang sesak boleh membuatkan anda letih, otot kekejangan dan stress.

* Ketika memandu dan tiba-tiba anda mengalami kontraksi ringan, berhenti sebentar. Turunkan tempat duduk agar anda dapat berbaring dan berehat seketika hingga rasa kontraksi itu hilang sebelum menyambung semula pemanduan. Jika kontraksi tidak hilang, segera dapatkan bantuan orang lain untuk mengambil anda.

* Elakkan perut terlalu rapat dengan stereng. Pastikan kaki boleh menekan pedal sepenuhnya.

* Sebaiknya di akhir kehamilan anda dinasihatkan tidak memandu kerana ini mungkin boleh mendatangkan bahaya kepada anda dan kandungan. Mintalah suami menghantar dan mengambil anda di tempat kerja.

NOTAKUKUKAKI: t dh cukup bulan xtaw la cena...tempat keje cikanis n cikdil xsama jln...sapa la nk anta momy 2 be ni g keje...drive sndiri la nmpknye...jgn naty nk tberanak tyme drive dhla..huhu...

1 comment:

  1. i sampai skrg masih memenadu...bawak slow2 & hati2 je la...hihi

    ReplyDelete

laguku untukmu

Daisypath Anniversary tickers

~ALL ABOUT LOVE~

Daisypath Anniversary tickers

**kami~DAH~tawen**

Daisypath Anniversary tickers

MY BABY

Lilypie First Birthday tickers